Asal-usul
Dan Perkembangan Orang Cina.
Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 iaitu zaman Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan negara China.
Penghijrahan
orang Cina ke Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat semakin
pesat pada awal abad ke-19, berikutan dengan perkembangan perdagangan
di Pulau Pinang dan Singapura. Penghijrahan orang Cina secara
beramai-ramai ke Johor berlaku semasa pemerintahan Temenggung lbrahim
(1825-1862). Orang Cina dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk
bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.
Pada
pertengahan abad ke-19, jumlah imigran Cina di Tanah Melayu semakin
meningkat akibat perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah
terutamanya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Akhir
abad ke-19, pemerintah Inggeris telah memberikan galakan terhadap
kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana Inggeris memerlukan
tenaga buruh yang ramai supaya dapat mengeluarkan bijih timah yang
banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.
Kebanyakan
imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China
iaitu dari wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien. Mereka
terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Teochew, Hailam dan Hokkien.
Sebelum
Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah
Melayu sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka
pasti akan kembali ke negara asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua
tamat keinginan orang Cina mulai berubah dan mereka mula ingin
menetap di Tanah Melayu.
Cara
kemasukan orang Cina
Sistem
tiket kredit
Melalui
sistem tiket kredit, kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang
oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja dengan ejen tersebut dalam
tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka selesai. Selepas tempoh
tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk mencari
pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan
asal. Buruh
Cina ini dikenali sebagai “Singkheh”.
Sistem
Kangchu
Melalui
Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan
masuk menetap di Johor dan membuka ladang lada hitam dan gambir di
bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina.
Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa bagi
kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi
oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai
15,000 orang Cina telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu
ini.
Cara
Persendirian
Orang
Cina berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi kesempitan hidup di
China melalui bantuan rakan, ahli keluarga ataupun dengan
perbelanjaan sendiri.
Sebab-sebab Penghijrahan Orang Cina Ke Tanah Melayu.
FAKTOR
PENOLAK
1.
Masalah Kepadatan Penduduk
Negara
China mempunyal kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan penduduk
China tidak seimbang dengan pengeluanan hasil pertanian menyebabkan
bekalan makanan tidak mencukupi. Keadaan ini telah mewujudkan masalah
kebuluran dan ini telah menjadikan kehidupan rakyat China sengsara.
Antara tahun 1751 hingga 1851, penduduk China telah bertambah dari
182 juta orang kepada 432 juta orang, akan tetapi hasil pertanian
semakin merosot.
2.
Bencana Alam
Kesengsaraan
hidup rakyat di China semakin bertambah apabila berlakunya bencana
alam yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian di
China. Sepanjang tahun 1840-an dan 1850-an, negara China mengalami
banyak bencana alam, iaitu kemarau yang berpanjangan di Wilayah Hunan
di Utara China dan masalah banjir di selatan China terutamanya di
sekitar Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Kejadian ini telah
memusnahkan kawasan pertanian dan menyebabkan masalah kebuluran.
3.
Masalah pengangguran
Kehidupan
rakyat China semakin susah dan sengsara apabila negara China menerima
kemasukan kuasa asing. Pembukaan perusahaan barat di China telah
menyebabkan industri tempatan merosot. Tambahan
pula, kemasukan barang-barang barat dengan banyak dan murah
menyebabkan barangan tempatan tidak laku. Orang-orang Cina yang
terlibat dengan sistem pengangkutan tradisional seperti tongkang dan
kereta kuda hilang pekerjaan dengan pengenalan sistem pengangkutan
moden. Justeru itu, kesengsaraan dan masalah kemiskinan telah
mendorong orang Cina ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang
lebih terjamin.
4.
Dasar Kerajaan Manchu
Dasar
kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung kos
pentadbiran yang semakin bertambah turut menambah beban rakyat Cina.
Akibatnya, tidak mampu membayar cukai yang tinggi ditambah dengan
kemusnahan tanaman akibat bencana alam telah mengakibatkan petani
terpaksa menjual tanah bagi membayar cukai tersebut. Atas desakan
hidup inilah telah mendorong orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.
5.
Kekacauan politik pemerintahan Manchu
Menjelang
pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah
pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya
Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan
China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan Dinasti Manchu.
Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi
bangun memberontak untuk menggulingkan Dinasti Manchu.
Pada
tahun 1850-1864, telah berlaku Pemberontakan Taiping dipimpin oleh
Hung Hsiu-Chuan, bertujuan menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi
gagal. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan tersebut telah diburu
oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan pemberontak terpaksa
melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan
Manchu.
Sentimen
anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau korupsi di
kalangan pegawai-pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan
dikenakan kadar cukai yang tinggi. Tambahan
pula, orang Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai dinasti asing.
Kebencian orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu mendorong
penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.
FAKTOR
DALAMAN
6.
Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu
Tanah
Melayu mula mengalami perkembangan ekonomi mulai pertengahan abad
ke-19 yang telah mendorong kedatangan orang Cina. Tanah Melayu
mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi kerana peluang pekerjaan
yang banyak terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah, di
ladang lada hitam dan kopi.
Antara
tahun 1899-1900, terdapat sejumlah 100 ribu orang Cina telah menetap
di Tanah Melayu akibat penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai
ekoran kenaikan harga bijih timah.
Kemajuan
perusahaan getah turut menarik kedatangan imigran Cina. Pada tahun
1931, hampir separuh daripada penduduk yang terlibat dalam penanaman
getah adalah merupakan orang Cina.
7.
Dasar Inggeris di Tanah Melayu
Kekurangan
tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah
menyebabkan Inggeris rnenggalakkan kedatangan imigran Cina. Ini
kerana orang Melayu lebih tertumpu dalam aktiviti sara diri
terutamanya tanaman padi. Tambahan pula, Inggeris tidak begitu
berminat memajukan orang Melayu kerana Inggeris bimbang orang Melayu
akan bangun menentang mereka.
Bagi
menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu, Inggeris
telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa
dan harta benda orang Cina di Tanah Melayu. Buktinya, Inggeris telah
berjaya menamatkan Perang Larut, Perang Kelang serta membanteras
kegiatan perlanunan.
Kerajaan
Inggeris juga tidak mengenakan sebarang sekatan, malah orang Cina
digalakkan datang ke Tanah Melayu tanpa had sehingga tahun 1929.
Kehadiran imigran Cina mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga
buruh terutamanya di sektor perlombongan. Hasrat Inggeris untuk
mengeksploitasi hasil kekayaan di Tanah Melayu tercapai.
8.
Faktor lain
Kemajuan
teknologi dalam sistem perhubungan turut menjadi sebab kedatangan
imigran Cina. Terciptanya kapal wap (stim) bagi menggantikan “kapal
layar” telah menghidupkan minat orang Cina untuk datang ke Tanah
Melayu dengan cepat dan murah. Orang Cina dari wilayah Selatan China
seperti Kwangtung dan Fukien terkenal dengan sifat-sifat keberanian,
gemar mengembara serta berdaya usaha yang tinggi. Tanpa mengenal erti
kecewa dan putus asa, mereka nekad membina kehidupan baru yang lebih
baik dan selesa meskipun terpaksa meninggalkan tanah air sendiri.
Berbekalkan semangat kental, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu
No comments:
Post a Comment