Wednesday, 8 January 2014

BUNGA RAYA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. 

Selepas perbincangan  Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

 
Hanya Bunga Raya Merah atau Hibiscus Rosa ini dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. 

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan. 

Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. 

Anda lihatlah juga beberapa lagi spesis bunga raya yang berlainan rupa, warna dan saiz yang menyerlahkan bahawa betapa banyaknya variasi bunga raya ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripadanya...




  • Warna merah bagi bunga raya mewakili sifat berani menempuh cabaran dan bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga memberi maksud yang berikut:
    1. Mencapai perpaduan di kalangan rakyaMewujudkan demokrasi dalam Negara
    2. Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam membahagikan kekayaan Negara
    3. Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk mempraktikkan kebudayaan yang pelbagai
    4. Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam pembangunan teknologi
  • Lima prinsip Rukun Negara juga digunakan sebagai panduan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Prinsip Rukun Negara adalah satu usaha dalam mewujudkan perpaduan dalam Negara walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai jenis agama, kepercayaan, kaum dan kebudayaan masing-masing.
v      Kepercayaan kepada Tuhan
v      Kesetiaaan kepada Raja dan Negara
v      Keluhuran Perlembagaan
v      Kedaulatan Undang-undang
v      Kesopanan dan Kesusilaan
Namun begitu, sejak dahulu lagi bunga raya telah didapati mempunyai nilai-nilai dari segi perubatan. Sehingga hari ini, masih lagi terdapat sesetengah individu yang menggunakan bunga raya untuk pelbagai rawatan seperti demam dan sakit kepala. Malah bunga raya juga telah digunakan sebagai rawatan kecantikan untuk wanita pada masa kini.

Sebagai warganegara Malaysia, informasi asas mengenai bunga kebagsaan ini wajarlah kita ketahui. Semoga ianya dapat memberi serba sedikit ilmu buat anda. Bunga raya bukan sekadar cantik di halaman tapi ianya mempunya makna yng lebih dari itu. 


Bunga raya bunga kebangsaan,
Lambang budaya dan perpaduan.




RUJUKAN DAN MAKLUMAT DARI::: http://www.facebook.com/RelexMinda http://relakssminda.blogspot.com/2013/08/bunga-raya-bunga-kebangsaan-malaysia.html#ixzz2prG4RamS
Original from Relex Minda FB Page
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Tuesday, 10 December 2013

Latihan 1(Sejarah Kedatangan Kaum Cina Ke Tanah Melayu)


Asal-usul Dan Perkembangan Orang Cina.


Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 iaitu zaman Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan negara China.



Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat semakin pesat pada awal abad ke-19, berikutan dengan perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura. Penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor berlaku semasa pemerintahan Temenggung lbrahim (1825-1862). Orang Cina dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.



Pada pertengahan abad ke-19, jumlah imigran Cina di Tanah Melayu semakin meningkat akibat perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah terutamanya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.



Akhir abad ke-19, pemerintah Inggeris telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana Inggeris memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.



Kebanyakan imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaitu dari wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien. Mereka terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Teochew, Hailam dan Hokkien.



Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke negara asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina mulai berubah dan mereka mula ingin menetap di Tanah Melayu.



Cara kemasukan orang Cina



Sistem tiket kredit



Melalui sistem tiket kredit, kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka selesai. Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh”.



Sistem Kangchu



Melalui Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan masuk menetap di Johor dan membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 orang Cina telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.



Cara Persendirian



Orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi kesempitan hidup di China melalui bantuan rakan, ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri.




Sebab-sebab Penghijrahan Orang Cina Ke Tanah Melayu.



FAKTOR PENOLAK



1. Masalah Kepadatan Penduduk



Negara China mempunyal kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan penduduk China tidak seimbang dengan pengeluanan hasil pertanian menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi. Keadaan ini telah mewujudkan masalah kebuluran dan ini telah menjadikan kehidupan rakyat China sengsara. Antara tahun 1751 hingga 1851, penduduk China telah bertambah dari 182 juta orang kepada 432 juta orang, akan tetapi hasil pertanian semakin merosot.



2. Bencana Alam



Kesengsaraan hidup rakyat di China semakin bertambah apabila berlakunya bencana alam yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian di China. Sepanjang tahun 1840-an dan 1850-an, negara China mengalami banyak bencana alam, iaitu kemarau yang berpanjangan di Wilayah Hunan di Utara China dan masalah banjir di selatan China terutamanya di sekitar Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Kejadian ini telah memusnahkan kawasan pertanian dan menyebabkan masalah kebuluran.



3. Masalah pengangguran



Kehidupan rakyat China semakin susah dan sengsara apabila negara China menerima kemasukan kuasa asing. Pembukaan perusahaan barat di China telah menyebabkan industri tempatan merosot. Tambahan pula, kemasukan barang-barang barat dengan banyak dan murah menyebabkan barangan tempatan tidak laku. Orang-orang Cina yang terlibat dengan sistem pengangkutan tradisional seperti tongkang dan kereta kuda hilang pekerjaan dengan pengenalan sistem pengangkutan moden. Justeru itu, kesengsaraan dan masalah kemiskinan telah mendorong orang Cina ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin.



4. Dasar Kerajaan Manchu



Dasar kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung kos pentadbiran yang semakin bertambah turut menambah beban rakyat Cina. Akibatnya, tidak mampu membayar cukai yang tinggi ditambah dengan kemusnahan tanaman akibat bencana alam telah mengakibatkan petani terpaksa menjual tanah bagi membayar cukai tersebut. Atas desakan hidup inilah telah mendorong orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.



5. Kekacauan politik pemerintahan Manchu



Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan Dinasti Manchu. Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi bangun memberontak untuk menggulingkan Dinasti Manchu.



Pada tahun 1850-1864, telah berlaku Pemberontakan Taiping dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan, bertujuan menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi gagal. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan tersebut telah diburu oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan pemberontak terpaksa melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan Manchu.



Sentimen anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau korupsi di kalangan pegawai-pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan dikenakan kadar cukai yang tinggi. Tambahan pula, orang Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai dinasti asing. Kebencian orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu mendorong penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.





FAKTOR DALAMAN



6. Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu



Tanah Melayu mula mengalami perkembangan ekonomi mulai pertengahan abad ke-­19 yang telah mendorong kedatangan orang Cina. Tanah Melayu mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi kerana peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah, di ladang lada hitam dan kopi.



Antara tahun 1899-1900, terdapat sejumlah 100 ribu orang Cina telah menetap di Tanah Melayu akibat penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ekoran kenaikan harga bijih timah.



Kemajuan perusahaan getah turut menarik kedatangan imigran Cina. Pada tahun 1931, hampir separuh daripada penduduk yang terlibat dalam penanaman getah adalah merupakan orang Cina.



7. Dasar Inggeris di Tanah Melayu



Kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah menyebabkan Inggeris rnenggalakkan kedatangan imigran Cina. Ini kerana orang Melayu lebih tertumpu dalam aktiviti sara diri terutamanya tanaman padi. Tambahan pula, Inggeris tidak begitu berminat memajukan orang Melayu kerana Inggeris bimbang orang Melayu akan bangun menentang mereka.



Bagi menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu, Inggeris telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda orang Cina di Tanah Melayu. Buktinya, Inggeris telah berjaya menamatkan Perang Larut, Perang Kelang serta membanteras kegiatan perlanunan.



Kerajaan Inggeris juga tidak mengenakan sebarang sekatan, malah orang Cina digalakkan datang ke Tanah Melayu tanpa had sehingga tahun 1929. Kehadiran imigran Cina mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh terutamanya di sektor perlombongan. Hasrat Inggeris untuk mengeksploitasi hasil kekayaan di Tanah Melayu tercapai.



8. Faktor lain



Kemajuan teknologi dalam sistem perhubungan turut menjadi sebab kedatangan imigran Cina. Terciptanya kapal wap (stim) bagi menggantikan “kapal layar” telah menghidupkan minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu dengan cepat dan murah. Orang Cina dari wilayah Selatan China seperti Kwangtung dan Fukien terkenal dengan sifat-sifat keberanian, gemar mengembara serta berdaya usaha yang tinggi. Tanpa mengenal erti kecewa dan putus asa, mereka nekad membina kehidupan baru yang lebih baik dan selesa meskipun terpaksa meninggalkan tanah air sendiri. Berbekalkan semangat kental, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu