Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang
sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun
dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai
kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang
sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.
Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah
mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga
Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan
Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan
Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga
Kebangsaan.
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini.
Anda lihatlah juga beberapa lagi spesis bunga raya yang berlainan rupa, warna dan saiz yang menyerlahkan bahawa betapa banyaknya variasi bunga raya ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripadanya...
- Warna merah bagi bunga raya mewakili sifat berani menempuh cabaran dan bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga memberi maksud yang berikut:
- Mencapai perpaduan di kalangan rakyaMewujudkan demokrasi dalam Negara
- Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam membahagikan kekayaan Negara
- Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk mempraktikkan kebudayaan yang pelbagai
- Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam pembangunan teknologi
- Lima prinsip Rukun Negara juga digunakan sebagai panduan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Prinsip Rukun Negara adalah satu usaha dalam mewujudkan perpaduan dalam Negara walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai jenis agama, kepercayaan, kaum dan kebudayaan masing-masing.
v Kepercayaan kepada Tuhan
v Kesetiaaan kepada Raja dan Negara
v Keluhuran Perlembagaan
v Kedaulatan Undang-undang
v Kesopanan dan Kesusilaan
Namun begitu, sejak dahulu lagi bunga raya telah didapati mempunyai nilai-nilai dari segi perubatan. Sehingga hari ini, masih lagi terdapat sesetengah individu yang menggunakan bunga raya untuk pelbagai rawatan seperti demam dan sakit kepala. Malah bunga raya juga telah digunakan sebagai rawatan kecantikan untuk wanita pada masa kini.
Sebagai warganegara Malaysia, informasi asas
mengenai bunga kebagsaan ini wajarlah kita ketahui. Semoga ianya dapat memberi
serba sedikit ilmu buat anda. Bunga raya bukan sekadar cantik
di halaman tapi ianya mempunya makna yng lebih dari itu.
Bunga raya bunga kebangsaan,
Lambang budaya dan perpaduan.
RUJUKAN DAN MAKLUMAT DARI::: http://www.facebook.com/RelexMinda http://relakssminda.blogspot.com/2013/08/bunga-raya-bunga-kebangsaan-malaysia.html#ixzz2prG4RamS
Original from Relex Minda FB Page
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Original from Relex Minda FB Page
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial